Monday, 29 February 2016

KESIMPULAN PERTANIAN




ISLAM MENITIKBERATKAN KEGIATAN PERTANIAN
Manusia pada asasnya tidak dapat hidup tanpa bahan-bahan makanan dan minuman.   Bahan-bahan tersebut,  sememangnya telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.  di bumi ini.  Terserahlah kepada manusia untuk mengembangkan bahan-bahan tersebut supaya  dapat dijadikan makanan yang lebih lazat dan bermutu tinggi.
Oleh yang demikian,  kaum petani,  penternak  dan  nelayan  adalah golongan yang amat penting untuk memenuhi tanggungjawab Fardu Kifayah.  Ini sesuai dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat di seluruh Negara.   Hasil-hasil pertanian bukan lagi dijadikan sebagai bahan sara diri tetapi ia hendaklah dijadikan sebagai suatu sumber pendapatan yang boleh meningkatkan taraf hidup sesuai dengan perkembangan masyarakat.
Kurangnya tenaga mahir dalam sektor pertanian adalah kerana ia belum menjadi sektor yang benar-benar lumayan dan mempunyai status yang tinggi.   Tetapi melalui Dasar Pertanian Negara,  para pengusaha di bidang pertanian mempunyai peluang yang lebih luas untuk meletakkan diri mereka sebagai pengusaha yang berpendapatan tinggi melalui pendekatan baru yang berasaskan pertanian komersil yang menggunakan teknologi tinggi.
Tuntutan menjadi kaya adalah tuntutan Islam kerana orang-orang yang memberi zakat ialah  orang yang berkemampuan dan cukup syarat.   Orang-orang seperti ini hanya mampu lahir dari kalangan ahli-ahli pertanian atau siswazah di bidang-bidang yang berkaitan dengan perushaan dan perniagaan.
Selagi sektor pertanian didokongi oleh mereka yang tidak mempunyai latarbelakang yang  kukuh dari  segi ilmu pertanian atau perniagaan maka selagi itulah sekkor ini akan dimonopoli oleh mereka yang tidak mempunyai tanggungjawab di segi Fardu Kifayah,  yakni orang-orang bukan Islam.
Kesedaran untuk memperhebatkan sector pertanian ini akan menjadi lebih meningkat dengan tertanamnya dengan yakin kesedaran dan kefahaman bahawa Allah s.w.t melarang umatnya daripada melakukan pembaziran terhadap sumber alam seperti tanah,  binatang,  pokok dan air sebagaimana yang tersebut di dalam ayat-ayat Al-Quran,  di mana Allah s.w.t.  memberi amaran untuk menarik balik nikmat berkenaan jika ia tidak digunakan sepenuhnya sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
Katakanlah lagi:  “Bagaimana fikiran kamu,  sekiranya air kamu hilang lenyap  (ditelan bumi),  maka siapakah  (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?” Al-Mulk  (67); 30).
Di dalam Islam kemiskinan adalah musuh yang perlu dibenteras.  Ia selalunya berada pada mereka yang tidak mempunyai cita-cita,  lemah semangat dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk mempertingkatkan taraf hidup mereka.    Salah satu bahaya yang sedang mengelilingi orang-orang miskin ialah mereka sedang dipengaruhi oleh berbagai anasir terutama oleh mereka yang ingin mencabut iman mereka.  Ini terbukti dengan peristiwa-peristiwa dunia sekarang di mana segelintir orang-orang Islam yang miskin telah sanggup ditukarkan agama mereka demi untuk mendapat sesuap makanan.
Dalam sebuah hadis,  Rasulullah s.a.w.  ada memperingatkan orang-orang Islam supaya jangan sampai terjerumus ke lembah fakir miskin kerana ia akan mudah ditarik menjadi kufur sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran.’ Riwayat Abu Naim.
Para petani,  penternak dan nelayan melalui sektor pertanian yang terbentang luas ini boleh menjadikan sektor ini sebagai satu tapak untuk menjadi orang yang berjaya  –  tidak menjadi fakir atau miskin.   Ini bermakna mereka akan menjadi umat Islam yang tidak taat sekirangnya membiarkan mereka kekal dalam kemiskinan.  Adalah wajib bagi mereka membuang sikap rendah diri,  tidak ada keyakinan dan tidak mahu berikhtiar untuk menjadi orang yang kaya.
Para petani dan penternak dan nelayan yang berjaya adalah sebagai wakil umat Islam yang mencapai tahap khalifah di muka bumi ini.
Kecemerlangan  Islam dan umatnya di Negara ini sangat bergantung kepada  sokongan petani,  penternak  dan  nelayan.  Ini kerana sebahagian besar rakyat Negara tinggal di luar Bandar di mana ibu bapa mereka adalah dari golongan petani,  penternak  dan  nelayan.
Kejayaan generasi akan datang adalah bergantung kepada peningkatan ilmu pengetahuan dan pembangunan sahsiah mereka.   Untuk mencapai tahap tersebut,  ibu bapa mestilah mampu membiayai pendidikan anak-anak mereka.   Oleh sebab itu golongan petani,  penternak  dan  nelayan yang berada di seluruh pelusuk rantau Negara ini mestilah menguatkan azam untuk meningkat taraf pendidikan,  sahsiah atau akhlah mereka dan anak-anak mereka demi menjamin kecemerlangan umat Islam di masa akan datang.
Sumber: Penerbitan Kementerian Pertanian Malaysia bertajuk  ‘PERTANIAN DALAM AL-QURAN’,  muka surat  12 – 17.
PENJELASAN
Pertanian pada asasnya ialah suatu usaha menghasilkan bahan-bahan makanan dengan cara bercucuk tanam,   menternak binatang,   memelihara dan menangkap ikan.    Fungsi pertanian pada peringkat awalnya dahulu adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia  iaitu  makanan dan minuman.   Namun apabila meningkatnya tamadun manusia,   fungsinya telah bertambah kepada mengindahkan alam sekitar dan rekreasi.
Pertanian adalah satu tuntutan semula jadi manusia yang ditetapkan oleh Allah S.W.T,   yang berfungsi untuk memenuhi tuntutan jasmani dan rohani manusia.    Oleh kerana Islam adalah sebuah agama yang merangkumi aspek dunia dan akhirat,   maka pertanian adalah salah satu daripada tuntutan agama. Ia menjadi satu tuntutan Fardhu Ain bagi manusia yang hanya dengan cara bertani sahaja boleh menjamin kehidupannya. Ia menjadi satu tuntutan Fardhu Kifayah jika didapati sebahagian daripada anggota masyarakat terpaksa menjalankan tugas-tugas lain dalam menyempurnakan kehidupan mereka. Dalam konteks dunia hari ini,   pertanian lebih merupakan satu tuntutan Fardhu Kifayah oleh kerana manusia,  hasil daripada perkembangan tamadun mereka,   terpaksa menumpukan kepada pengkhususan kerja dalam berbagai bidang,   seperti terkandung di dalam Al-Quran yang mempunyai maksud:
‘Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu;   mudah digunakan,   maka berjalanlah di merata ceruk rantaunya,   serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan oleh Allah;    dan ingatlah,   kepada Allah jualah tempat kembali kamu sesudah dibangkitkan hidup semula;   maka hargailah nikmatNya  dan  takutlah kemungkaranNya.’
Melalui lamanweb ini kita akan bentangkan kisah pertanian secara meluas.    Kita akan lihat pertanian dari berbagai aspek termasuk sejarahnya,   perkembangannya,  teknologi moden yang dicipta dan digunakan,   sektor-sektor pertanian yang ditumpukan perhatian,   potensi ekonominya  dan  penting sekali hubungan dan pengaruhnya dalam kehidupan kita hari ini.      Melalui lamanweb ini  akan kita dapatkan sumbangan dari pakar,  pengamal pertanian,  ahli-ahli sains pertanian dan juga para penyelidik untuk menghuraikan subjek-subjek yang berkaitan dan berfaedah kepada,  terutama yang bergiat dalam bidang pertanian.     Tujuannya ialah supaya kita benar-benar memahaminya dan seterusnya menghayati ehwalnya supaya dapatlah sama-sama kita manfaatkan kehadirannya dalam kehidupan kita.
Tidak boleh kita nafikan,  bahawa walaupun kita sedang bergerak dengan pesatnya ke arah sebuah negara maju,    pada asasnya negara kita ialah sebuah negera pertanian.    Di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia umpamanya,   sama ada di Kelantan,  Terengganu  atau  pun di Pahang,   kawasan-kawasan yang dihuni oleh produk pertanian adalah luas.   Dan jumlah insan yang terlibat  dalam bidang pertanian ini pula adalah banyak.   Ke arah mana juga mata memandang akan kita lihat terbentang di hadapan kita,  kawasan-kawasan tanaman seperti  getah,  kelapa sawit,  padi,  kelapa,  tembakau dan lain-lainnya.   Tidak kurang juga dusun-dusun buah-buahan seperti durian,  rambutan,  limau,  manggis,  mangga,  pisang,  cempedak,  pisang  dan lain-lain lagi.    Begitu juga kawasan-kawasan yang ditanam dengan sayur-sayuran seperti cili,  timun,  petola,  bayam,  lobak,  labu  dan sebagainya,  banyak di dapati di sekitar laluan perjalanan kita.   Inilah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T,   dan inilah satu anugerah yang harus kita manfaatkan sebaik-baiknya.
Kita lihat pula Dasar Pertanian Negara. Dasar ini yang telah digubal pada tahun 1984 dan telah dilaksanakan semasa pertumbuhan ekonomi keseluruhan yang pesat,   menjadi landasan kepada pembangunan pertanian negara. Lima objektif yang spesifik telah diutarakan iaitu:
·         Pencapaian pembangunan yang seimbang antara sektor pertanian dengan sektor-sektor ekonomi yang lain.
·         Peningkatan integrasi ekonomi antara sektor pertanian dengan sektor ekonomi yang lain,  seperti pembuatan.
·         Pencapaian tahap perkembangan yang lebih tinggi bagi sub-sektor seperti industri makanan dan industri berasaskan sumber pertanian.
·         Pencapaian penyertaan dan penglibatan masyarakat bumiputera yang lebih luas dan berkesan dalam pertanian moden dan komersil,  perniagaan tani dan perdagangan pertanian,   dan
·         Pembangunan pertanian yang berdaya maju.
Usaha mencapai kemajuan  dalam bidang pertanian memerlukan berbagai pendekatan seperti dari segi pengurusan,  ekonomi  dan teknologi.   Allah S.W.T telah pun memberikan banyak petunjuk bagi mencapai kemajuan dalam bidang pertanian sepertimana terkandung dalam ayat-ayat mengenainya di dalam Al-Quran. Bagaimana pun bidang pertanian di negarfa ini perlulah disesuaikan dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku di dunia hari ini.
Penggunaan pendekatan baru dan teknologi moden perlu dititikberatkan secara menyeluruh dalam pembangunan pertanian di negara kita.

PERTANIAN : PADI





Untuk mendapatkan hasil padi yang berkualitI Anda harus mengetahui cara budidaya padi yang baik dan benar. Hal pertama yang harus Anda miliki adalah kesungguhan untuk membudidayakan tanaman ini, dengan mendedikasikan tenaga dan pikiran Anda 100 % untuk membudidayakan tanaman ini maka Anda akan mendapatkan hasil yang melimpah.
Agar hasil budidaya tanaman padi melimpah Anda bisa mempelajari caranya. Berikut adalah langkah-langkah yang harus Anda ikuti ;

PENGOLAHAN TANAH UNTUK TANAMAN PADI


Langkah pertama sebelum menanam padi adalah membersihkan lahan yang akan ditanami. Bersihkan berbagai tanaman seperti rumput, semak belukar serta hal lain yang mungkin akan mengganggu perkembangan tanaman padi. Setelah lahan bersih dari tanaman liar langkah selanjutnya adalah memberikan aliran air pada lahan. Proses ini bertujuan untuk menggemburkan tanah agar mudah untuk dibajak dengan menggunakan alat tradisional ataupun modern.
Setelah lahan tanam menjadi gembur, genangi lahan tersebut dengan air sampai mencapai ketinggian 5-10 cm. Cara mengatur ketinggian air boleh dengan cara membuka dan menutup keluar masuknya air pada tali air. Diamkan lahan tersebut selama 2 minggu agar racun pada tanah menjadi neutral dan juga keadaan tanah menjadi berlumpur.

MEMILIH Benih PADI YANG UNGGUL DAN BERKUALITAS

Agar hasil penanaman padi boleh melimpah tentu selain lahan tanam yang baik Anda memerlukan benih padi yang unggul. Untuk mengetahui benih padi yang baik Anda bisa mengetahuinya dengan cara berikut.
  1. Rendam beberapa benih padi yang akan ditanam dengan air selama kurang lebih 2 jam.
  2. Letakan benih yang sudah direndam di atas ain yang sudah dibasahi dengan air. Kemudian kira berapa benih padi yang telah direndam tadi, ada berapa yang boleh mengeluarkan pucuk. Bila yang keluar pucuk sampai 90 % itu maknanya benih padi tersebut memiliki kualiti yang baik.

MENYEMAI BENIH PADI DI LAHAN

Setelah memiliki benih padi yang baik, langkah selanjutnya adalah menyemai benih tersebut pada lahan tanam. Untuk menyemai benih padi Anda bisa melakukannya dengan mengikuti beberapa langkah berikut.
  1. Rendam benih padi yang akan disemai selama sehari semalam, tiriskan dan biarkan selama 2 hari sampai benih tersebut mengeluarkan kecambah.
  2. Siapkan lahan untuk menyemai benih padi sekitar 500 m2 untuk 1 hektar lahan sawah. Usahakan lahan yang digunakan untuk menyemai padi tetap berair dan berlumpur.
  3. Berikan pupuk Urea ditambah TSP masing-masing 10 gr untuk 1 m2 lahan persemaian.
  4. Tanam bibit padi yang sudah berkecambah tadi di lahan persemaian yang telah disiapkan. Cara menanam benih padi adalah dengan menyebar bibit secara merata pada lahan penyemaian.

CARA MENANAM PADI

Tahap selanjutnya adalah menanam bibit yang telah disemai ke dalam lahan persawahan yang sudah dipersiapkan. Cara menanam padi adalah dengan memindahkan benih persemaian ke dalam lahan persawahan. Berikut adalah langkah-langkahnya.
  • Salah satu ciri benih padi yang sudah siap tanam adalah memiliki daun dua sampai tiga helai dan telah berusia kurang lebih 2 minggu.
  • Cara menanam benih padi tersebut bisa dilakukan dengan cara tunggal mahupun ganda. Untuk satu lubang boleh diisi satu atau dua tanaman padi.
  • Proses penanaman benih padi yang baik adalah dengan membuat lahan tergenang dengan air sedangkan kedalaman penanaman benih sekitar 1-1,5 cm. Tidak terlalu dalam serta posisikan akar seperti membentuk huruf (L), hal ini dilakukan agar agar bisa tumbuh dengan sempurna.

PENYIANGAN LAHAN

Agar padi yang ditanam bisa tumbuh dengan sempurna Anda perlu merawatnya dengan membersihkan tanaman lain yang mengganggu atau biasa disebut dengan tanaman gulma. Penyangan tanaman gulam bisa dilakukan saat masa tanam padi menginjak umur 3 minggu dan selanjutnya bisa dilakukan penyiangan rutin setiap 3 minggu sekali. Penyiangan yang baik bisa dilakukan dengan cara manual yaitu dengan mencabut gulma dengan menggunakan tangan.

MEMBERIKAN PUPUK PADA TANAMAN PADI

Memberikan pupuk merupakan hal yang sangat penting untuk dilakukan. Kerana tanpa adanya pupuk yang baik tanaman padi akan sulit utuk tumbuh dengan sempurna dan tentu saja hasil penanaman tidak boleh maksimum. Berikut adalah lakaran serta cara memberikan pupuk yang baik untuk budidaya tanaman padi.
  • Untuk pemupukan pertama bisa Anda lakukan saat padi telah berusia 7-15 hari setelah ditanam. Anda bisa menggunakan jenis pupuk Urea dan TSP yang dicampur dengan dosis sekitar 100:50 Kg/ha atau bisa disesuakan dengan kondisi tanaman.
  • Untuk pemberian pupuk pada tahap dua bisa dilakukan saat tanaman padi telah berumur 25-30 hari. Gunakanlah pupuk jenis Urea 50 Kg/ha serta Phonska 100 Kg/ha.
  • Proses pemumukan terakhir bisa dilakukan saat tanaman berumur 40-45 hari. Anda bisa menggunakan pupuk jenis Urea yang dicampur dengan Zatdengan perbandingan 50 : 50 Kg/ha.

MELINDUNGI TANAMAN PADI DARI HAMA

Setiap tanaman budidaya tidak lepas dari gangguan hama yang merosak tanaman oleh karena itu Anda harus mencegahnya. Biasanya ada beberapa hama yang mengganggu budidaya tanaman padi diantaranya tikus, orang-orang, belalang, lembing, wereng hingga walang sangit. Untuk hasil maksimam pengendalian hama sebaiknya dilakukan dengan cara alami iaitu dengan memelihara haiwan pemangsa sehingga dapat mengejar perkembangan hama tersebut.
Oleh sebab itu jangan memcegah ular yang ada di sekitar sawah Anda, kerana haiwan tersebutlah yang boleh menjadi pemangsa untuk hama tikus yang sering merosak tanaman padi. Keuntungan pengendalian hama secara alami adalah terjaganya lingkungan dan cukup aman untuk langsungnya ekosistem alam. Tetapi bila penyakit atau hama tidak belum bisa diatasi dengan cara tersebut, maka Anda bisa menggunakan petisida untuk mengendalikan hama.

MEMANEN TANAMAN PADI


Inilah saat yang paling ditunggu oleh para petani yaitu masa panen tanaman padi. Tanda tanaman padi telah siap untuk dipanen adalah warna butiran bijinya sudah mulai menguning, ranting buahnya sudah mulai menunduk karena terisi dengan beras. Proses pemanenan padi bisa dilakukan dengan cara tradisonal yaitu menggunakan sabit atau dengan cara modern yang menggunakan mesin otomatis.
Untuk mengurangi kerugian pada saat panen usahakan untuk segera memanen padi karena bila usia padi terlalu tua biji padi akan rontok. Itulah proses budidaya tanaman padi yang cukup panjang, oleh karena itu kita harus menghargai makanan ini jangan membuangnya atau berlebih-lebihan dalam memasak sehingga terbuang. Selain itu jika banyak yang menanam tanaman ini sudah pasti Indonesia akan bisa surplus stok beras.



Bioteknologi


bakteria2
BIOTEKNOLOGI DALAM PERTANIAN
Pengertian Bioteknologi
Aplikasi prinsip sains dan kejuruteraan dalam pemprosesan bahan oleh agen biologi untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi keperluan manusia.
Kepentingan bioteknologi dalam pertanian
1. Meningkatkan hasil– meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman dan ternakan
– penghasilan haiwan transgenik secara penyuntikan gen hormon tumbesar
– menyebabkan saiz badan dan kadar tumbesar meningkat
– kualiti hasil seperti mutu daging dan serat daging ditingkatkan
– mengubahsuai kandungan protein dalam susu
2. Menambahkan nilai pemakanan– meningkatkan kandungan protein dan vitamin dalam produk pertanian secara
kaedah kejuruteraan genetik
– meningkatkan kandungan vitamin E dalam minyak kelapa sawit, jagung dan kacang soya
– meningkatkan vitamin A dalam padi
– nilai diet manusia bertambah baik dan manusia menjadi lebih sihat dan dapat mengurangkan serangan penyakit
3. Membaiki ciri fizikal hasil pertanian
– membaiki ciri fizikal seperti saiz, tekstur, warna dan rasa
– menggunakan kaedah kejuruteraan genetik
– contoh – penghasilan varieti orkid yang mempunyai warna lebih menarik dan tangkai bunga yang pendek
4. Meningkatkan resistan terhadap serangan perosak dan penyakit– hasil tanaman atau ternakan yang resistan patogen
– penghasilan tanaman yang resistan serangan serangga melalui pemindahan gen bakteria Bacillus thuringiensis (Bt)
– contohnya tanaman yang menerima gen Bt ialah Kapas Bt dan Jagung Bt
Produk pertanian dan sifat toleran tertentu:
Produk SifatJagung Resistan serangan pengorek batang
Betik Resistan virus bintik berpusar
Ubi kentang Resistan virus daun kerinting
Tomato Melambatkan buah rosak
5. Meningkatkan toleran tanaman dan ternakan terhadap persekitaran– faktor persekitaran seperti kemasinan tanah, perubahan suhu dan cuaca
– boleh merencatkan pertumbuhan tanaman
– atasi dengan menghasilkan tanaman transgenik
6. Mengawal penyakit
– aplikasi bioteknologi menghasilkan vaksin dan antibiotik
– mengawal penyakit yang disebabkan oleh kulat, virus atau bakteria
7. Mengurangkan penggunaan bahan kimia pertanian– penggunaan pestisid dan baja kimia mencemarkan alam sekitar
– bioteknologi menghasilkan :
– tanaman transgenik yang resistan penyakit – dapat kurangkan penggunaan pestisid
– tanaman kekacang mengikat nitrogen dari atmosfera – dapat jimat guna baja N
– vaksin untuk cegah penyakit ternakan
Penggunaan bioteknologi dalam pertanian
1. Inokulasi rhizobium
– bakteria Rhizobium sp terdapat dalam nodul akar kekacang
– bakteria ini mengikat nitrogen dari atmosfera
– nitrogen yang diikat digunakan oleh tumbuhan
– inokulum Rhizobium menghasilkan simbiotik antara kekacang dan Rhizobium
2. Kawalan perosak secara biologiKaedah :
(a) Penggunaan tanaman pencegah
– struktur seperti duri, bulu, lendair dan aroma mencegah kehadiran perosak
– aroma serai wangi menghalau nyamuk dan lipas
(b) Penanaman tanaman resistan penyakit
– menggunakan kejuruteraan genetik untuk mengubah dan memindahkan gen
– menghasilkan varieti baru yang dikehendaki yang resistan terhadap penyakit
– contohnya pemindahan gen Bt untuk menghasilkan tanaman yang resistan serangga
dan virus
(c) Penggunaan serangga pemangsa
– mengawal perosak menggunakan haiwan pemangsa
– contoh : burung jelapang – kawal tikus; burung/semut/bakteria – kawal serangga
3. Penguraian sisa pertanian– membersih pencemaran sisa pertanian
– menggunakan mikroorganisma seperti E. Coli dan Pseudomonas sp
– contoh aktiviti penguraian sisa pertanian yang berguna dalam bidang pertanian:
(a) Pengkomposan – mengubah sisa pertanian kepada bahan organik berguna
(b) Landfarming – mengurai bahan cemar
(c) Biostimulasi – memecahkan bahan cemar kepada hasil kurang bahaya
4. Industri makanan berasaskan pertanian
(a) Penghasilan makanan berasaskan tanaman
– Penapaian – tapai, tempe, kicap
– Kultur tisu – pembiakan tanaman
– Trangenik – ubah sifat tanaman cara pemindahan gen
(b) Penghasilan makanan berasaskan ternakan
– Penapaian – yogurt, keju,
– Pembiakan in vitro – pembiakan ternakan secara permanian beradas
– Transgenik – hasil pengeluaran yang diubahsuai
……kejuruteraan genetik boleh mengubah sifat haiwan
zebroo1

5. Penghasilan varieti baru melalui kejuruteraan genetik– menghasilkan organisma baru dikenali sebagai transgenik
– melalui pemindahan gen secara kejuruteraan genetik
– contoh tanaman transgenik:
(a) Kapas Bt – terima gen bakteria Bacillus thuringiensis – resistan kepada kumbang pengorek batang
(b) Betik – disambat gen protein kapsul – halang penyakit Papaya Ring Spot Virus
– contoh ternakan transgenik ;
(a) Biri-biri – disambat gen enzim sistin – meningkatkan kualiti bulu
(b) Kambing – hasil protein anti pembekuan darah
Aplikasi prinsip bioteknologi menghasilkan :
1. Baja organik – kompos
 2.. Makanan melalui proses penapaian – tapai

PERTANIAN

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladanganpenternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.
Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragutmerupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya, pertanian perindustrian).
Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhanracun perosak, dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia.[1] Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan babi intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam) juga meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman haiwan dan kesan kesihatan antibiotikhormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian.[2]
Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanangentianbahan apibahan mentahbahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka jenis keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam terutamanya untuk menghasilkan:


Walaupun pada 2003, bilangan pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun kerana kesedaran terhadap pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada 2008. Sesungguhnya, sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi yang menggaji paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu.[5] Meskipun pertanian menggaji melebihi satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007, pengeluaran pertanian hanya menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia kasar (iaitu jumlah kesemua keluaran dalam negara kasar (KDNK).[6]
ASSALAMUALAIKUM w.b.t




Blog ini menceritakan tentang "Pertanian & Penternakan" .
Sebelum kami menceritakan dengan lebih lanjut , kami memperkenalkan ahli kumpulan kami iaitu ;

-NUR SYAFIKA BINTI JAMAL
-NUR FATIHAH BINTI AHMAD AFANDI
-FATIN NASUHA BINTI M.BISTAMAM @ SAMSUL BAHAR
-NUR ZARITH SYAFIQAH BINTI YAHYANUDDIN




Kami daripada DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
berasal Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS)


Turut dibimbing oleh pensyarah yang diberi nama ;

PUAN ROHANI BINTI ABU BAKAR





DI dalam pembelajaran SAINS KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM (DUA2012)